KENAPA BAHASA MELAYU DIJADIKAN BAHASA KEBANGSAAN
BAB2:KENAPA BAHASA MELAYU DI JADIKAN BAHASA KEBANGSAAN? . Kenapa bahasa melayu dijadikan bahasa Kebangsaan? sejarah membuktikan bahawa Bahasa Melayu telah diterima sebagai linguafranca atau bahasa komunikasi utama sejak zaman kesultanan Melayu pada abad ke-15lagi. Bahasa ini digunakan secara meluas dalam bidang perdagangan dan hubungan diplomatik. Dalam kitab sejarah melayu menyebutkan bagaimana para pedagang bertungkus lumus mempelajari Bahasa Melayu dan menguasainya bagi memudahkan mereka berurusan dengan pemimpin dan masyarakat setempat yang telah lama menggunakan bahasa itu. Dalam konteks hubungan antarabangsa surat-surat dan dokumen perjanjian turut menggunakan Bahasa Melayu bertulis jawi. Ini membuktikan Bahasa Melayu dapat difahami oleh pelbagai kaum termasuk pihak British kalau mereka tidak mengerti pun ada mursyi atau guru Bahasa Melayu yang akan mengajar mereka . Begitu juga dokumen-dokumen lain seperti undang-undang tubuh negeri-negeri Melayu telah menggunakan Bahasa...