KENAPA BAHASA MELAYU DIJADIKAN BAHASA KEBANGSAAN

BAB2:KENAPA BAHASA MELAYU DI JADIKAN BAHASA KEBANGSAAN?.
  • Kenapa bahasa melayu dijadikan bahasa Kebangsaan? sejarah membuktikan bahawa Bahasa Melayu telah diterima sebagai linguafranca atau bahasa komunikasi utama sejak zaman kesultanan Melayu pada abad ke-15lagi.
  • Bahasa ini digunakan secara meluas dalam bidang perdagangan dan hubungan diplomatik.
  • Dalam kitab sejarah melayu menyebutkan bagaimana para pedagang bertungkus lumus mempelajari Bahasa Melayu dan menguasainya bagi memudahkan mereka berurusan dengan pemimpin dan masyarakat setempat yang telah lama menggunakan bahasa itu.
  • Dalam konteks hubungan antarabangsa surat-surat dan dokumen perjanjian turut menggunakan Bahasa Melayu bertulis jawi.
  • Ini membuktikan Bahasa Melayu dapat difahami oleh pelbagai kaum termasuk pihak British kalau mereka tidak mengerti pun ada mursyi atau guru Bahasa Melayu yang akan mengajar mereka .
  • Begitu juga dokumen-dokumen lain seperti undang-undang tubuh negeri-negeri Melayu telah menggunakan Bahasa Melayu dengan tulisan jawi .
  • Maka sejak itu Bahasa Melayu berkembang luas prnggunaanya termasuk menjadi bahasa perantaraan sekolah-sekolah dan menjadi bahasa rasmi di semua agensi kerajaan termasuk di mahkamah.
  • Jelas sekali Bahasa Melayu telah diiktiraf oleh semua kaum sebagai bahasa utama dan dapat digunakan bersama untuk mencapai matlamat perpaduan.                                                                                                                                              STATUS DAN FUNGSI BAHASA MELAYU 
  • Bahasa Melayu yang mampu menjadi teras perpaduan bangsa Malaysia ialah Bahasa Melayu yang digunakan secara bersama dan meluas.Bahasa Melayu bukan sahaja berfungsi sebagai bahasa basahan, namun bahasa rasmi dan tidak rasmi.
  • Bahasa ini bukan sahaja dijadikan bahasa perantaraan di sekolah-sekolah dan universiti tetapi penggunaanya menjangkau ke peringkat antarbangsa.
  • Buktinya DS Mohd Najib telah bertutur dalam Bahasa Melayu sepenuhnya di sebuah Universiti diChina semasa lawatan beliau kesana baru-baru ini.
  • Ini bererti Bahasa Melayu yang dimaksudkan ialah Bahasa Melayu yang standard dan mengikut strukturbahasa melayu baku dan mempunyai sistem yang sama untuk semua.
  • Slanga atau loghat mungkin sesuai untuk orang melayu di negeri-negeri tertentu, tetapi apabila bertutur dengan bangsa melayu dari kawasan atau negeri yang lain dan dengan orang bukan melayu, Bahasa Melayu yang standard wajar digunakan.
  • Inilah bahasa yang diajar dan digunakan di sekolah dalam buku teks, buku-buku dan majalah serta dalam dokumen rasmi yang lain.
  • Selain itu, Bahasa Melayu sebagai alat perpaduan utama mempunyai  masa depan yang cerah kerana Bahasa Melayu bersikap terbuka kepada bahasa lain
  • Kita sedar sesuatu bahasa yang terlalu rigid, terpencil dan statik tidak akan mampu mengadaptasikan dirinya dengan perubahan semasa .
  • dunia semakin berkembang, masyarakatnya semakin maju dan berpengetahuan, maka begitulah juga halnya dengan bahasa melayu sejak dahulu Bahasa Melayu dilihat mempunyai tahap keterbukaan dan toleransi yang begitu tinggi,kepada kemasukan istilah-istilah baru dan kata asing.
  • Keadaan ini menjadikan Bahasa Melayu akan terus dihormati dan tidak akan disaingi oleh bahasa-bahasa lain.                                                                                                                                                                                                                                             BAHASA KEBANGSAAN                                                                           
  • Perlembangaan tidak menjelaskan maksud "Bahasa Kebangsaan".
  • Kamus Dewan mendefinisikan "bahasa kebangsaan "sebagai "bahasa yang di terima oleh ramai penduduk dalam sesebuah negara yang mempunyai beberapa bahasa atauloghat yang lain".
  • "Bahasa Rasmi"pula ialah "bahasa pentadbiran kerajaan".
  • Mungkin lebih tepat jika dilihat dalam konteks kebangsaan yang di terangkan sebagai "yang berkaitan dengan negara secara keseluruhan atau sesuatu yang "dipilih untuk melambangkan keperibadian negara".
  • Makna-makna yang di bincangkan tersebut mungkin penting dalam menentukan keabsahan, ruang lingkup peruntukan yang, yang berkenaan terutama perkara, 152 perlembagaan persekutuan.
  • Dasar pendidikan kebangsaan.
  • Dasar pendidikan memberikan cara dan kaedah menggunakan sumber-sumber ataupun alat-alat.                                                                                                                                                                                                                                                            BAHASA PERPADUAN
  • Menimbulkan sikap bersatu terhadap kesetiaan bahasa.
  • Mereka dapat mengeratkan hubungan di antara satu sama lain dengan penggunaan bahasa kebangsaan.
  • Dapat mewujudkan kesepaduan masyarakat majmuk yang lain.
  • Dapat menimbulkan kecintaan dan semangat kebangsaan.
  • Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
  • Keseluruhan usaha untuk menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa ilmiah yang berkesan.
  • Bagi melahirkan bangsa malaysia yang intelek tidak akan berjaya selagi rakyat itu tdak dapat menguasai bahasa melayu dengan baik.
  • Untuk mencapai matlamat ini seharusnya bermula dari peringkat sekolah lagi.
  • Memberi pendidikan untuk pembinaan sahsiah diri serta pemupukan kemahiran berfikir.
  • Melahirkan pelajar yang aktif,berketrampilan,berbahasa,bersedia menimba ilmu dan mempunyai akhlak yang tinggi.                                                                                                                                                                                                                                                                                BAHASA DAN BUDAYA 
  • Teori mengenai hubungan bahasa dan kebudayaan.
  • Ada yang mengatakan bahasa itu merupakan bahagian dari kebudayaan.
  • Ada pula yang mengatakan bahawa bahasa dan kebudayaan merupakan dua halyang berbeza.
  • Namun mempunyai hubungan yang rapat dan tidak dapat dipisahkan.
  • Ada yang mengatakan bahasa sangat dipengaruhi kebudayaan mempunyai hubungan yang kordinatif.
  • Demikian hubungan bahasa dan kebudayaan seperti anak kembar siam,dua buah fenomena sangat erat sekali bagaikan dua sisi mata wang.
  • Sisi yang guna sebagai sistem kebahsan dan sisi yang lain sebagai sistem kebudayaan.                                                                                     
 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BAB10:JENIS AYAT DAN RAGAM AYAT

bab13:gaya bahasa,kesantunan bahasa ,membaca dan memahami