BAB10:JENIS AYAT DAN RAGAM AYAT
bab10:Jenis ayat dan ragam ayat
Jenis-jenis ayat bahasa Melayu dapat digolongkan kepada empat ragam:
- Ayat penyata:
- ayat transitif dan ayat interansitif
- Ayat aktif dan ayat pasif
- Ayat sungsang
- Ayat nafi
- Ayat inti dan ayat gabungan
- Ayat perintah
- Ayat tanya
- Ayat seru
Isi kandungan
Ayat aktif
- Ayat aktif dengan kata kerja transitif
- Ayat aktif dengan kata kerja pasif
Ayat pasif
Rencana utama: Ayat pasif (bahasa Melayu)
Berbanding dengan ayat aktif yang menekankan subjek, ayat pasif
memberikan penekanan terhadap objek dan perbuatan sehingga subjek
pelaku tidak dipentingkan atau langsung tidak perlu dinyatakan. Hal ini
ada kaitannya dengan bahagian manakah yang anda hendak pentingkan atau
menegaskan. Contohnya:- Perkara itu sudah diselesaikannya; atau
- Perkara itu sudah diselesaikan
Ayat perintah
Ayat perintah bertugas untuk menyatakan sesuatu yang berupa perintah, larangan, suruhan, permintaan, ajakan, silaan, doa, dan harapan.Jenis perintah | Contoh penggunaan |
---|---|
Perintah | Berdiri di atas kerusi itu. |
Suruhan | Ikat tali kasut anda dengan betul. |
Larangan | Jangan pergi ke sungai yang dalam airnya. |
Permintaan | Tolong angkat baju itu. |
Ajakan | Mengucaplah banyak-banyak. |
Silaan | Sila jamu selera. |
Doa | Syukurlah kamu sudah kembali. |
Harapan | Harap-harap hari tidak hujan. |
Perhatikanlah bahawa ayat-ayat di atas mempunyai susunan yang sama, iaitu subjeknya tidak dinyatakan. Ini disebabkan subjeknya nyata dan merujuk kepada orang yang ayat perintah itu ditujukan.
Contoh-contoh di atas juga menunjukkan bahawa awalan "ber" dan "meN" kekadang tidak digugurkan. Aturan yang perlu dipegang ialah:
- Untuk kata kerja intransitif (kata kerja yang tidak memerlukan objek): awalan tidak boleh digugurkan.
- Untuk kata kerja transitif (kata kerja yang memerlukan objek): awalan meN hendaklah digugurkan.
Ayat nafi
Ayat nafi ditandai oleh adanya kata "bukan" dan "tidak". Secara umum, ayat nafi digunakan untuk menafikan atau menidakkan sesuatu, umpamanya:- Dia tidak berpengalaman, tetapi cekap.
- Aurora bukan jururawat, tetapi doktor.
Ayat biasa | Ayat nafi |
---|---|
Cadangannya harus diketepikan. | Cadangannya tidak perlu kita pedulikan. |
Kerja ketua memang susah. | Kerja ketua tidak pernah senang. |
Walaupun kedua-dua ayat dalam setiap pasangan di atas mempunyai maksud yang sama, ayat nafi menekankan maksudnya, sedangkan ayat biasa menyatakan maksud secara biasa sahaja.
Peranan ayat nafi sebagai penegas maksud juga boleh diperhatikan dalam ayat tanya, umpamanya:
- Bukankah orang itu guru kamu?
- Tidakkah kamu ingin menyertai peraduan itu?
- Anda sudah faham, bukan?
Penggunaan dengan frasa nama
Secara umum, kata nafi "bukan" digunakan apabila frasa yang mengikutinya ialah frasa nama. Contohnya:- Ini bukan kucing.
- Malaysia bukan negara republik.
- Gajah bukan haiwan yang terbesar di dunia.
- Dia bukan bodoh, tetapi malas.
- Dia bukan belajar, tetapi bermain.
- Dia tidak bodoh, tetapi malas.
- Dia tidak belajar, tetapi bermain.
Penggunaan dengan frasa sendi
Untuk frasa sendi, kata nafi bukan dan tidak digunakan menurut kesesuaian, umpamanya:- Saya tidak ke sekolah hari ini kerana sakit.
- Saya bukan dari sektor kerajaan.
- Malaysia bukan di benua Afrika.
- Buku ini bukan untuk anda.
Kesalahan yang biasa berlaku
Kesalahan yang biasa berlaku untuk ayat nafi ialah kekeliruan antara penggunaan kata "bukan" dan "tidak".Ayat tanya
Ayat tanya dalam bahasa Melayu boleh dibentuk dengan tiga cara:Cara-cara untuk membentuk ayat tanya
1. Membubuh tanda tanya pada akhir ayat penyata
Ayat penyata | Ayat tanya |
---|---|
Tetamu sudah tiba. | Tetamu sudah tiba? |
Buah itu sudah masak. | Buah itu sudah masak? |
Mereka hendak menolong kita. | Mereka hendak menolong kita? |
Dengan tidak mengubah susunan ketiga-tiga ayat di atas, ayat-ayat tanya boleh dibentuk dengan tanda tanya di hujung ayat-ayat penyata. Dalam pertuturan, ayat tanya di atas dinyatakan dengan suara menaik pada akhir ayat.
2. Menggunakan partikel "kah"
Ayat-ayat tanya dalam bahagian di atas juga boleh disungsang melalui penggunaan partikel "kah" untuk mencipta ayat tanya sungsang:Ayat penyata | Ayat tanya |
---|---|
Tetamu sudah tiba? | Sudah tibakah tetamu? |
Buah itu sudah masak? | Sudah masakkah buah itu? |
Mereka hendak menolong kita? | Hendak menolong kitakah mereka? |
Penggunaan partikel "kah" dalam jenis ayat tanya ini adalah penting untuk mengelakkan kesamaran makna.
3. Menggunakan pelbagai kata
Ayat tanya juga boleh dibentuk dengan menggunakan kata ada, apa, bila, bagaimana, berapa, mengapa, mana, dan siapa.Kata | Ayat tanya | |
---|---|---|
Tanpa partikel "kah" | Dengan partikel "kah" | |
Ada | Tiada | Adakah cara saya ini betul? |
Apa | Apa yang kamu beli tadi? | Apakah yang kamu beli tadi? |
Bagaimana | Bagaimana cara untuk mendaftar diri? | Bagaimanakah cara untuk mendaftar diri? |
Bila | Bila ayah kamu pulang? | Bilakah ayah kamu pulang? |
Mengapa | Mengapa kamu datang lambat hari ini?. | Mengapakah kamu datang lambat hari ini?. |
Mana | Mana ibu? | Manakah ibu? |
Siapa | Siapa nama jiran baru kamu? | Siapakah nama jiran baru kamu? |
Kecuali kata "ada", yang lain dapat berdiri sendiri tanpa partikel "kah". Bagaimanapun, partikel "kah" sering digunakan untuk maksud penegasan.
Kesalahan yang biasa berlaku
Kesalahan yang biasa berlaku ialah penggunaan partikel "kah" di hujung ayat. Umpamanya:- Tetamu sudah tibakah?
- Buah itu sudah masakkah?
- Mereka hendak menolong kitakah?
- Tetamu sudah tibake?
- Buah itu sudah masakke?
- Mereka hendak menolong kitake?
Ayat songsang
Dalam ayat songsang, predikat terletak pada awal ayat dan subjek pula terletak pada hujung ayat. Ini merupakan hal yang terbalik dalam ayat biasa:AYAT BIASA | → | SUBJEK + PREDIKAT |
AYAT SONGSANG | → | PREDIKAT + SUBJEK |
AYAT PASIF | → | OBJEK + KATA KERJA + SUBJEK |
Jenis ayat | Susunan biasa | Susunan songsang |
---|---|---|
Ayat inti | Encik Yosri birokrat. | Birokratlah Encik Yosri. |
Kucing itu ke sana. | Ke sana kucing itu. | |
Ayat tanya | Orang itu adik kamu? | Adik kamukah orang itu? |
Kamu belum makan? | Belum makankah kamu? | |
Ayat pasif | Surat itu akan saya kirimkan. | Akan saya kirimkan surat itu. |
Saya ketinggalan bas pada hari itu. | Ketinggalan bas saya pada hari itu. |
Perhatikanlah bahawa dalam setengah-tengah ayat seperti di atas, partikel "kah" (untuk ayat tanya) dan partikel "lah" (untuk ayat berita) perlu digunakan supaya jelas bentuk ayat songsang itu.
Ayat inti
Rencana utama: Ayat inti (bahasa Melayu)
Ayat inti ialah ayat yang paling ringkas. Ayat ini boleh
digunakan untuk menerangkan sesuatu dengan ringkas dan tepat, tanpa
menimbulkan sebarang kesamaran makna. Umpamanya, jika anda menyatakan
"Emas ialah logam", tiada tafsiran makna lebih daripada satu. Oleh itu,
ayat inti amat berguna untuk menjelaskan sesuatu dengan konkrit. Selain
itu, sasterawan sering menggunakan ayat inti untuk mempercepatkan jalan
cerita, atau untuk menimbulkan perasaan ingin tahu pembaca.Ayat gabungan
Ayat gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua atau lebih ayat yang digabungkan menjadi satu ayat dengan menggunakan kata penghubung seperti dan, serta, atau, tetapi, lalu, dan sebagainya untuk mengaitkan pendapat yang berhubungan antara satu dengan yang lain. Bahasa Melayu mempunyai enam pola ayat gabungan, iaitu:- Ayat dengan ayat
- Subjek dengan subjek
- Predikat dengan predikat
- Adverba dengan adverba
- Objek dengan objek.
- Ayat gabungan dengan kata penghubung yang berpasangan.
Jenis ayat gabungan | Ayat komponen | Ayat gabungan |
---|---|---|
Ayat dengan ayat | Abu amat rajin bekerja. Majikan menaikkan gajinya. |
Abu amat rajin bekerja dan majikan menaikkan gajinya. |
Subjek dengan subjek | Ali suka makan manggis. Ahmad suka makan manggis. |
Ali dan Ahmad suka makan manggis. |
Predikat dengan predikat | Mereka menghadiri ceramah itu. Mereka menganggap ceramah itu sangat berfaedah. |
Mereka menghadiri ceramah itu kerana mereka menganggap ceramah itu sangat berfaedah. |
Adverba dengan adverba | Saya akan menghabiskan kerja itu besok. Jika tidak jadi, saya akan menghabiskan kerja itu lusa. |
Saya akan menghabiskan kerja itu besok atau lusa. |
Objek dengan objek | Ibu membeli sayur di pasar. Ibu membeli ikan di pasar. |
Ibu membeli sayur dan ikan di pasar. |
Ayat gabungan dengan kata penghubung yang berpasangan | - | Sedangkan dia tidak dapat memasuki kolej itu, apatah lagi saya. |
Selain daripada memperkaya gaya penulisan, ayat gabungan dapat mengaitkan dua ayat yang seakan-akan tidak ada perkaitan. Contohnya:
- Perkara itulah yang saya nyatakan kepada Polar.
- Polar tidak percaya.
- Perkara itulah yang saya nyatakan kepada Polar, tetapi Polar tidak percaya.
Ayat pancangan
Ayat pancangan ialah ayat gabungan yang terdiri daripada satu ayat besar dan satu klausa (ayat kecil), umpamanya:- Keluarga Ali berpindah ke Kuala Lumpur kerana penukaran kerjanya.
- Jika hari hujan, saya tidak akan keluar dari rumah.
- Angkatan tentera British tertewas di Singapura walaupun mempunyai lebih askar berbanding dengan tentera Jepun.
- 1. Ayat ialah satu susunan perkataan yang terdiri daripada subjek dan predikat.
- 2. Subjek ialah perkara yang diceritakan.
- 3. Predikat ialah cerita berkenaan perkara itu ( subjek ).
- 4. Ayat mengandungi makna yang lengkap. Ia diucapkan dengan intonasi atau nada yang sempurna.
- Contoh :
-
subjek predikat - 1. Afendi
- 2. Kakak
- 3. Ibrahim
- 4. Zulkfli
- 5. Ayam itu
- guru
- menyapu sampah.
- bermain bola sepak.
- Minum teh
- asyik berkokok.
Ragam Ayat- 1. Terdapat empat jenis ragam ayat dalam bahasa Malaysia, iaitu:
- (a) ayat penyata;
- (b) ayat tanya;
- (c) ayat perintah;
- (d) ayat seruan.
- 2. Keterangan dan contoh ayatayat tersebut adalah seperti berikut:
- (a) Ayat penyata
- 1. Ayat yang menceritakan sesuatu hal atau memberitahu tentang sesuatu hal.
- 2. Ayat penyata dikenali juga sebagai Ayat Berita atau Ayat Keterangan.
- Ayat penyata ialah ayat yang menyatakan atau menerang­kan sesuatu cerita, benda, kejadian, dan sebagainya.
- Contohnya:
- i. Kakak sedang menyiram bunga.
- ii. Lembu itu akan dijual.
- Budak-budak itu bermain di tepi longkang.
- (b) Ayat tanya
- 1. Ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal.
- Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu perkara, tempat, benda, manusia, binatang dan sebagainya.
- 2. Ayat tanya terbahagi kepada dua iaitu :
- a. Ayat Tanya Dengan Kata Tanya.
- b. Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya.
- Contohnya
- i. Berapakah harga kasut itu?
- ii. Sudahkah adik minum susu?
- iii. Bagaimanakah layanglayang itu dibuat?
- Ayat Tanya Dengan Kata Tanya.
- 1. Ayat ini menggunakan kata tanya seperti apa, siapa, berapa, bila, mana, bagaimana, kenapa dan mengapa.
- 2. Diakhiri dengan partikel -kah.
- Contoh : Siapakah nama bapa kamu ?
- Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya
- 1. Ayat ini tidak menggunakan kata tanya.
- 2. Ayat ini diucapkan dengan meninggikan nada suara pada akhir ayat penyata.
- 3. Dalam penulisan, lambang tanda tanya digunakan ( ? )
- contoh : Kamu belum hantar buku itu ?
- (c) Ayat perintah
- 1. Ayat yang digunakan untuk menyuruh seseorang melakukan sesuatu.
- Ayat perintah ialah ayat yang menyuruh, melarang, mempersilakan, atau meminta seseorang melakukan sesuatu.
- 2. Ayat perintah terbahagi kepada
- a. Ayat Suruhan
- b.Ayat Permintaan
- c.Ayat Larangan
- d.Ayat Silaan
- Contohnya:
- a. Ayat Suruhan
- 1. Ayat ini bertujuan memberi arahan atau perintah.
- 2. Partikel -lah boleh digunakan untuk tujuan melembutkan ayat.
- Contoh : Hantarlah buku itu sebelum pulang.
- Turunlah dari sini sekarang juga.
- Cuci kasut kamu. (suruhan)
- b. Ayat Permintaan
- 1. Ayat ini bertujuan memohon pertolongan dan permintaan.
- 2. Ia menggunakan perkataan tolong dan minta pada permulaan ayat.
- Contoh : Tolong bawakan minuman ini ke dapur.
- Minta hadirin semua bergerak ke ilik jamuan.
- Tolong jemurkan pakaian itu. (permintaan)
- c. Ayat Larangan
- 1. Ayat ini bertujuan melarang melakukan sesuatu .
- 2. Ia menggunakan kata silaan seperti usah, tak usah dan jangan.
- 3. Partikel -lah boleh digunakan untuk melembutkan ayat.
- Contoh : Jangan minum air itu.
- Usahlah menangis lagi.
- Jangan petik bungs itu.(Iarangan)
- d. Ayat Silaan
- 1. Ayat ini bertujuan mempersilakan atau menjemput seseorang.
- 2. Ia menggunkan kata silaan seperti sila dan jemput pada permulaan ayat.
- 3. Partikel -lah boleh digunakan.
- Contoh : Sila bawa sejadah bila ke surau.
- Jemputlah menikmati
- Datanglah ke rumah saya. (silaan)
- (d) Ayat seruan
- Ayat seruan diucapkan untuk melahirkan perasaan seperti takut, marah, hairan, dan terkejut, sakit, hairan dan sebagainya.
- Ayat seruan diakhiri dengan tanda seru ( ! )
- 3. Tanda seru biasanya terletak diakhir ayat.
- 4. Ayat seru dimulai oleh kata seru seperti Oh, Cis, Wah, Amboi dan sebagainya.
- Contohnya:
- i. Amboi, cantiknya baju kamu!
- ii. Aduh, sakitnya perut aku!
- Oh, dia sudah pergi ke sekolah !
- 2 Ayat Aktif dan Ayat Pasif
- 1. Kedua-dua ayat ini berlainan bentuk stuktur perkataannya tetapi mempunyai maksud sama.
- 2. Ayat Aktif ialah ayat yang menekankan objek.
- 3. Ayat Pasif menerangkan benda atau orang yang dikenakan perbuatan ke atasnya.
- 1. Ayat aktif ialah ayat yang kata kerja berawalan men. Contohnya:
- (a) Emak memasak nasi. dan sebagainya
- (b) Pasukan pengakap telah mendirikan khemah itu.
- (c) Ketua murid menaikkan bendera sekolah.
- 2. Ayat pasif ialah ayat yang kerjanya……
- (a) tidak berawalan men dan didahului kata ganti diri pertama dan kata ganti diri kedua. Contohnya:
- i. Bola itu saya tendang.
- ii. Borang itu perlu anda isi.
- (b) berawalan di dan diikuti kata sendi oleh serta kata ganti diri ketiga. Contohnya: Baju itu dibasuh oleh kakak.
- 3. Ayat pasif terdiri daripada:
- (a) ayat pasif diri pertama, iaitu ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men dan didahului kata ganti diri pertama seperti aku, kami, kita, saya, dan sebagainya.
- (b) ayat pasif diri kedua, iaitu ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men dan didahului kata ganti diri kedua seperti awak, anda, kamu, engkau, dan sebagainya.
- (c) ayat pasif diri ketiga, iaitu ayat yang kata kerjanya berawalan di, diikuti kata sendi oleh serta kata ganti diri ketiga seperti ia, dia, beliau, baginda, dan sebagainya.
- 4. Keduadua ayat aktif dan pasif membawa maksud yang sama walaupun bentuknya berbeza.
- Contohnya:
-
Ayat Aktif Apt Pasif Diri Pertama - (a) Saya mencuci kasut sekolah.
- (b) Kita menerima keputusan itu.
- (c) Aku akan memetik bunga itu.
- (d) Kami sudah menyusun jadual itu.
- (a) Kasut sekolah saya cuci.
- (b) Keputusan itu kita terima.
- (c) Bunga itu akan aku petik.
- (d) Jadual itu sudah kami susun.
Ayat Aktif Ayat Pasif Diri Kedua - (a) Anda harus menyiapkan kerja itu.
- (b) Awak mesti menyerahkan surat itu.
- (c) Engkau patut memulangkan duitnya.
- (d) Kamu perlu membaiki kereta itu.
- (a) Kerja itu harus anda siapkan.
- (b) Surat itu mesti awak serahkan.
- (c) Duitnya patut engkau pulangkan.
- (d) Kereta itu perlu kamu baiki.
Ayat Aktif Ayat Pasif Diri Ketiga - (a) Mereka mengecat bangunan.
- (b) Baginda meminta rakyat supaya
- bersabar.
- (c) Beliau mengarahkan orang ramai
- supaya beratur.
- (d) Dia sedang menjahit baju.
- (a) Bangunan dicat oleh mereka.
- (b) Rakyat diminta oleh baginda supaya
- bersabar.
- (c) Orang ramai diarahkan oleh beliau
- supaya beratur.
- (d) Baju sedang dijahit olehnya.
Ayat Aktif Ayat Pasif - 1. Ali membaca buku itu.
- 2. Ibu memasak nasi lemak.
- 3. Kita mesti mendengar nasihat guru kita.
- 4. Salmah memukul adiknya dengan kuat.
- 5. Yusof membawa kerusi patah.
- Buku itu dibaca oleh Ali.
- Nasi lemak dimasak oleh ibu.
- Nasihat guru kita, mesti kita dengar.
- Adiknya dipukul dengan kuat oleh Salmah.
- Kerusi patah dibawa oleh Yusof
- 3 Cakap Ajuk dan Cakap Pindah
- Cakap Ajuk dan Cakap Pindah ialah percakapan yang dilaporkan semula secara lisan atau tulisan tanpa mengubah maksudnya.
- Cakap ajuk ialah percakapan seseorang yang ditulis semula dengan tidak mengubah maksud asalnya.
- 2. Dalam penulisan, tanda petik
- ("...") digunakan untuk cakap ajuk.
- 3. Cakap pindah ialah perbualan seseorang yang telah ditulis semula dengan menggunakan bahasa tanpa mengubah maksudnya.
- 4. Tanda petik ("...") tidak digunakan dalam cakap pindah.
- 5. Perhatikan perbezaan antara cakap ajuk dengan cakap pindah di bawah ini.
-
- Cakap Ajuk
- Cakap Pindah
- 1. Cakap Ajuk ialah percakapan yang dilaporkan semula sebagaimana asalnya dituturkan.
- 2. Tidak ada sebarang pindaan yang dilakukan.
- 3. Cakap ajuk dimulai dengan tanda pembuka kata dan diakhiri dengan tanda penutup kata ( “ …….. “ )
- 1. Cakap Pindah ialah perkataan atau percakapan yang dilaporkan semula tetapi tidak sebagaimana yang dituturkan.
- 2. Terdapat perbezaan stuktur atau susunan perkataan-perkataan dalam ayat.
- 3. Walaubagaimanapun , maksud atau susunan perkataan sama.
- "Cuci baju kamu," kata ibu kepada Ani.
- Cikgu berkata, "Mengapa tidak hadir semalam, Hafizi?"
- "Datanglah ke rumah saya malam ini, Encik Azman," kata Encik Lim.
- “ Di manakah awak letakkan beg itu ? ” tanya Cikgu Azmi kepada Sunita.
- Kata nenek kepada Siti, “ Begini cara membuat kuih Bahulu.”
- Kata Hassan kepada Faizal , “ Ini buku awak. ”
- “ Ayam itu lapar,” kata Asmah.
- “ Berikan bola ini kepada Zainal Abidin,” kata Dollah Salleh.
- Ibu menyuruh Ani mencuci bajunya.
- Cikgu bertanya kepada Hafizi sebab dia tidak hadir semalam.
- Encik Lim mempersilakan Encik Azman ke rumahnya pada malam nanti.
- Cikgu Azmi bertanya kepada Sunita di mana dia meletakkan beg itu.
- Nenek berkata kepada Siti bahawa begitu cara membuat Kuih Bahulu.
- Hassan menyatakan kepada Faizal bahawa itu buku dia.
- Asmah menyatakan bahawa ayam itu lapar.
- Dollah Salleh menyuruh agar bola itu diberikan kepada Zainal Abidin.
- 6. Apabila menukarkan bentuk cakap ajuk kepada cakap pindah, perkara-perkara
- berikut perlu diubah atau diberi perhatian.
-
Cakap Ajuk Cakap Pindah - saya, aku, hamba
- beta
- kami, kita
- anda, awak, kamu, engkau
- dia
- beliau
- mereka
- ini
- itu
- sini
- begini
- demikian ini
- sekarang
- malam tadi
- semalam
- hari
- ini
- esok
- dia, ia, nya, beliau
- baginda
- mereka
- saya, dia, nya
- dia
- beliau
- mereka
- itu
- itu
- situ, sana, tempat itu
- begitu
- demikian itu
- masa itu, ketika itu
- malam semalamnya
- semalamnya
- hari itu
- esoknya, keesokan harinya, hari itu
- AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK
- Ayat Tunggal
- 1. Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
- 2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis.
- Contoh : Lelaki gemuk itu \ sedang menembak burung.
- Subjek = Lelaki gemuk itu
- Predikat = sedang menembak burung.
- Ayat Majmuk
- 1. Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat - ayat tunggal disambungkan oleh perkataan Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil seraya dan lain-lain.
- 2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat Selapis.
- Contoh : A) Razak mengambil sebuah buku cerita. ( Ayat Tunggal )
- B) Razak membaca buku itu. ( Ayat Tunggal )
- C) Razak mengambil sebuah buku cerita lalu membaca buku itu. ( Ayat Majmuk )
- PEMAJMUKAN
- Kata Majmuk
- 1. Dua atau lebih daripada dua patah dasar dapat digabungkan untuk membentuk satu kata baru yang padu atau sebati maknanya.
- 2. Kata paduan atau sebatian yang demikian dikenal sebagai kata majmuk.
- 3. Setiap kata yang menjadi komponen kata majmuk mempunyai maknanya sendiri-sendiri.
- 4. Misalnya, wang dan saku yang menjadi komponen kata majmuk wang saku mempunyai maknanya masingmasing. Makna wang saku ialah wang dibawa untuk digunakan apabila diperlukan.
- 5. Ada juga kata majmuk yang terbentuk daripada dua patch kata yang berbeza tetapi maknanya sama atau hampirhampir sama. Beberapa contohnya ialah cantik jelita, hancur lebur, dan sunyi sepi.
- 6. Dua patah kata yang sama atau hampir sama maknanya itu dimaksudkan untuk menyatakan makna kesangatan. Misalnya, cantik jelita bererti sangat cantik, hancur lebur bererti hancur sama sekali, dan sunyi sepi bererti sangat sunyi.
- Bentuknya
- 7. Kata majmuk ada yang dieja tercantum dan ada yang dieja terpisah tetapi tidak ada yang bersempang.
- 8. Dengan itu, dapatlah dibezakan bentuk kata majmuk daripada bentuk kata ganda yang dieja bersempang kecuali kata ganda separa seperti bebawang, jejari, kekuda, dan sebagainya.
- 9. Beberapa contoh kata majmuk yang dieja tercantum ialah apabila, bumiputera, daripada, jurumudi, kadangkala, dan walaupun.
- 10. Beberapa contoh kata majmuk yang dieja terpisah ialah air mata, buah pinggang, campur tangan, daun pintu, ganti rugi, dan hak cipta.
- 11. Dari segi bentuknya, kata majmuk ter­bahagi kepada beberapa kelas seperti
- yang berikut:
- (a) kata nama majmuk;
- (b) kata bilangan majmuk;
- (c) kata adjektif majmuk;
- (d) kata kerja majmuk;
- (e) kata sendi majmuk;
- (f) kata keterangan majmuk;
- (g) Kata hubung majmuk.
- 12 Sebahagian besar daripada kata majmuk dalam bahasa Melayu tergolong dalam kelas kata nama. Contoh kata nama majmuk, antara yang lain-lain, ialah air mata, buah mulut, cita rasa, daun telinga, ganti rugi, dan hak cipta.
- 13. Kata bilangan majmuk, antara yang lain-lain, ialah tiga puluh, dua pertiga, dan dua ratus lima puluh.
- 14. Kata adjektif majmuk, antara yang lain-lain, ialah aman damai, buta huruf, cantik jelita, gagah perkasa, merah jambu, iri hati, dan kelam kabut.
- 15. Kata kerja majmuk ada yang bebas, yakni tidak terikat pada sebarang imbuhan. Contohnya: angkat kaki, buang air, campur tangan, datang bulan, dan gulung tikar.
- 16. Kata kerja majmuk ada juga yang terikat. Contohnya: mengadu domba, mengambil alih, mengambil berat, menganggap sepi, mengangkat sembah, membalas budi, membanting tulang, mencari gali, bercerai susu, berdiam diri, menyalahgunakan, menembak mati, dan bertungkus lumus.
- 17 Kata sendi majmuk pula tidak seberapa jumlahnya, iaitu darihal, daripada, kepada, dan sedari.
- 18 Kata keterangan majmuk, antara yang lainlain, ialah acap kali, boleh jadi, demikian, kadangkala, lambat laun, pertama kali, sambil lalu, dan sekali sekala.
- 19 Kata hubung majmuk, antara yang lainlain, ialah apabila, manakala, dan meskipun.
- Tugasnya
- 20. Kata majmuk mempunyai dua tugas seperti yang berikut:
- (a) menetapkan kelas kata dasar. Contohnya.
-
air (kata nama) + mata (kata nama) air mata (kata nama) lemah (kata adjektif) + lembut (kata adjektif) lemah lembut (kata adjektif) mogok (kata kerja) + duduk (kata kerja) mogok duduk (kata kerja) dari (kata sendi) + pada (kata sendi) daripada (kata sendi) - (b) mengubah kelas kata dasar. Contohnya:
-
apa (kata ganti tanya) + bila (kata keterangan tanya) apabila (kata nama) alim (kata adjektif) + ulama (kata nama) alim utama (kata nama) gulung (kata kerja) + tikar (kata nama) gulung tikar (kata kerja) tumbuk (kata kerja) + rusuk (kata nama) tumbuk rusuk (kata nama) cerdik (kata adjektif) + pandai (kata adjektif) cerdik pandai (kata nama) lalu (kata kerja) + lintas (kata kerja) lalu lintas (kata nama) banyak (kata adjektif) + mulut (kata nama) banyak mulut (kata adjektif) lambat (kata adjektif) + laun (kata adjektif) lambat laun (kata keterangan) - Maknanya
- 21. Dari segi maknanya, kata majmuk dapat dibahagi kepada dua jenis seperti yang berikut:
- (a) kata majmuk wajar;
- (b) kata majmuk kiasan
- 22. Kata majmuk wajar ialah kata majmuk yang sebenarnya, yang maknanya dapat diketahui daripada makna katakata yang menjadi komponennya. Misalnya, buah anggur ialah kata majmuk wajar kerana maknanya tidak lain daripada buah yang bernama anggur.
- 23. Kata majmuk kiasan pula ialah kata majmuk yang maknanya lain daripada makna yang ada pada katakata yang menjadi komponennya.
- Misalnya buah hati ialah kata majmuk kiasan kerana maknanya tidak kenamengena dengan buah ataupun hati.
- Makna buah hati ialah kekasih yang dicintai, bukan buah yang bernama hati.
- 24. Berikut ialah beberapa contoh kata majmuk wajar.
-
- adat istiadat
- alih bahasa
- bahasa pasar
- bakul sampah
- batang hidung
- cakera padat
- cantik jelita
- daya cipta
- dengki hati
- emas putih
- esok hari
- gagah berani
- galah canggah
- rendah hati
- sabun mandi
- sihat akal
- gunung api
- hancurlebur
- harga borong
- hitam manis
- ikan parang
- inti sari
- isi perut
- juling air
- kaca mata
- kerak bumi
- otak depan
- olah raga
- pagar duri
- pindah tangan
- rabun jauh
- tahan lasak
- kongsi gelap
- lampu duduk
- lipat ganda
- lubang hidung
Ulasan
Catat Ulasan