bab11:bentuk ayat dan susunan dalam ayat
BAB11:BENTUK AYAT DAN SUSUNAN DALAM AYAT
Bentuk Ayat
1. ayat tunggal; ayat tunggal ialah ayat ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat.
Contoh ayat tunggal.
a. Ali tampan.
Dalam ayat ini Ali ialah subjek manakala tampan ialah predikat.
2. Bentuk yang kedua ialah ayat majmuk.
Ayat majmuk terbahagi kepada 3 iaitu;
2.1 Ayat majmuk gabungan
2.2 Ayat majmuk pancangan.
2.3 Ayat majmuk campuran.
2.1.1 Ayat majmuk gabungan ialah ayat terdiri daripada 2 ayat atau lebih kemudian digabungkan menjadi ayat majmuk gabungan dengan menggunakan kata hubung gabungan. Contoh kata hubung gabungan ialah dan, atau, tetapi, serta, sambil, lalu, lagi, serta dan sebagainya.
2 1.2 Namun begitu, penggunaan kata hubung yang berbeza menghasilkan dua jenis gabungan iaitu;
a. Ayat majmuk gabungan yang susunan faktanya berurutan. Ayat majmuk gabungan jenis ini menggunakan kata hubung dan, lalu, lagi, serta, sambil, dan malahan.
Contohnya seperti berikut;
i. Dia mengambil buku itu lalu masuk ke bilik tidur.
Ayat ini terdiri daripada dua ayat iaitu, ayat pertama dia mengambil buku itu ayat kedua, dia masuk ke bilik tidur.
b. Ayat majmuk gabungan yang susunan faktanya bertentangan. Ayat majmuk ini memberikan pertentangan fakta. Antara kata hubung yang digunakan ialah atau, tetapi, sebaliknya, melainkan, dan padahal.
Contoh
i. Musim hujan dingin, sebaliknya musim kemarau panas.
ii. Kain yang dibelinya itu mahal, padahal ada yang lebih murah.
2.2 Ayat majmuk pancangan.
Ayat majmuk pancangan ialah terdiri daripada ayat yang terdiri daripada satu ayat induk atau utama dan satu atau beberapa ayat kecil yang dipancangkan dalam ayat induk. Ayat induk boleh berdiri sendiri tetapi ayat kecil tidak.
2.2.1 Ayat majmuk pancangan boleh dibahagikan kepada tiga iaitu;
2.2.1.1 Ayat majmuk Pancangan relatif
2.2.1.2 Ayat majmuk pancangan komplemen
2.2.1.3 Ayat majmuk pancangan keterangan.
2.2.1.1 Ayat Majmuk Pancangan relatif.
Ayat majmuk pancangan relaatif ialah ayat majmuk yang menggunakan kata hubung pancangan yang menggunakan kaata hubung yang untuk memencangkan klausa kecil ke dalam klausa induk.
Contohnya seperti berikut,
Saya membaca buku yang ditulis oleh Othman Puteh.
Klausa induk: Saya membaca buku
Klausa kecil: Buku ditulis oleh Othman Puteh.
Saya membaca buku + buku ditulis oleh Othman Puteh.
Saya membaca buku yang ditulis oleh Othman Puteh.
Demikianlah bagaimana ayat majmuk pancangan relatif dihasilkan. Pada masa akan datang saya akan bincangkan pula ayat majmuk pancangan komplemen dan ayat majmuk pancangan keterangan.
Susunan dalam Ayat.
Subjek + Predikat
1. Ali + guru sementara di sekolah itu.
2. Adik bongsuku + sedang tidur di serambi rumah.
3. Pegawai kanan pejabat itu + amat rajin dan cekap pula.
4. Rumah kediamannya + di Kampung Baru dalam Wilayah Persekutuan.
Dalam contoh ayat 1-4 di atas, misalnya, walaupun ayat tersebut merupakan ayat terbitan yang bentuknya agak panjang atau kompleks, namun dari segi susunannya, ayat-ayat tersebut tetap tergolong ke dalam susunan biasa. Hanya apabila susunan frasa subjek mendahului frasa predikat itu diubah sehingga predikat pula mendahului subjek, barulah terbentuk ayat yang bersusunan songsang, seperti contoh yang berikut :
Predikat + Subjek
5. Guru sementara di sekolah itu + Ali.
6. Sedang tidur di serambi rumah + adik bongsuku.
7. Amat rajin dan cekap pula + pegawai kanan pejabat itu.
8. Di Kampung Baru dalam Wilayah Persekutuan + rumah kediamannya.
Contoh-contoh lain :
Susunan Biasa (Subjek diikuti Predikat)
1. Kamu ke sana bila?
2. Budak itu menangis.
3. Hadiah itu untuk ibu saya.
4. Dia tertidur pada masa itu.
5. Bapa saya sedang memancing.
6. Anaknya sudah pulang ke rumah.
7. Buku itu belum dibaca oleh Rafik.
8. Gadis kampung seberang itu anak siapa?
9. Dia ke rumah Puan Salmah petang semalam.
10. Bunga pemberian gadis itu memang wangi.
Susunan Songsang (Predikat diikuti Subjek)
1. Bila kamu ke sana?
2. Menangis budak itu.
3. Untuk ibu saya hadiah itu.
4. Tertidur dia pada masa itu.
5. Sedang memancing bapa saya.
6. Sudah pulang anaknya ke rumah.
7. Belum dibaca oleh Rafik buku itu.
8. Anak siapakah gadis kampung seberang itu?
9. Ke rumah Puan Salmah dia petang semalam.
10. Memang wangi bunga pemberian gadis itu.
Ulasan
Catat Ulasan