bab7;golongan kata sintaksis
BAB7:GOLONGAN KATA SINTAKSIS
- Golongan kata dalam bahasa Melayu terbahagi kepada empat kelas utama iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas.
- Ini berdasarkan huraian bahawa kata nama, kata adjektif, dan kata kerja dapat berdiri sendiri dengan makna sepenuhnya. Manakala kelas kata yang lain (kata sendi, kata keterangan, kata hubung, kata seru dan kata sandang) pula tidak dapat berdiri sendiri dengan makna sepenuhnya, tetapi dapat bertugas untuk menentukan makna sesuatu ayat. Oleh kerana itu ia boleh dimasukkan dalam kelas kata tugas.
- Lalu, kata-kata dalam bahasa Melayu dapat digolongkan kepada kelas-kelas berlainan iaitu kata nama, kata adjektif, kata kerja, kata sendi, kata keterangan, kata hubung, kata seru dan kata sandang.
- Seterusnya, empat kelas utama itu terdiri daripada dua kumpulan kata, iaitu kata isian dan kata tugas. "Kata isian" ialah kumpulan kata yang terbuka dan sentiasa berkembang. Kata nama, kata kerja dan kata adjektif ialah kata isian terbuka. "Kata tugas" pula ialah kumpulan kata tertutup, contohnya dan, itu, amat, walaupun dan sebagainya. Kata-kata juga boleh digolongkan berdasarkan faktor sintesis dan semantik.
- Isi kandungan
1 Kata nama
2 Kata kerja
3 Kata adjektif
4 Kata tugas
4.1 Kata keterangan
4.2 Kata sendi
4.3 Kata
hubung
4.4 Kata seru
4.5 Kata
sandang
5 Kata tanya
6 Kata perintah
7 Lihat juga
8 Rujukan
2.Kata nama
Rencana utama: Kata nama
- Kata nama terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu nama am, nama khas, ganti nama dan nama terbitan.
- Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya secara umum.
- Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. Kata ganti nama pula ialah kata nama yang digunakan untuk mewakili diri seseorang atau sebagai penunjuk.
- Kata nama terbitan wujud apabila kata nama am atau kata kerja diberi imbuhan.
3.Kata kerja
Rencana utama: Kata kerja
- Kata kerja merupakan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau dilakukan. Contohnya, berjalan, makan, memakan, dimakan dan sebagainya. Kata kerja terbahagi kepada, kata kerja transitif ( Perbuatan Melampau ) dan kata kerja tak transitif ( Perbuatan tidak Melampau ).
4.Kata adjektif
Rencana utama: Kata adjektif
- Adjektif ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat lagi (kata yang menjadi inti frasa ditulis dengan huruf condong).
- Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului atau diikuti oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar.
- Kata tugas
- Kata keterangan
- Rencana utama: Kata keterangan
1.Kata keterangan ialah kata yang menyertai dan menerangkan
kata adjektif, kata kerja, dan kata keterangan yang lain.
Kata sendi
Rencana utama: Kata sendi
Kata hubung
Rencana utama: Kata hubung
3.Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk
menggabungkan perkataan dengan perkataan rangkai kata dengan rangkai kata ayat
dengan ayat.
Kata seru
Rencana utama: Kata seru
4.Digunakan untuk melahirkan pelbagai perasaan, seperti suka,
duka, marah, gembira, mencabar, dicabar dan sebagainya.
Kata sandang
Rencana utama: Kata sandang
5.Kata sandang ialah kata penyerta yang bertugas untuk
membendakan dan membezakan kata atau frasa yang disertainya.
Kata tanya
Rencana utama: Kata tanya
6.Kata tanya digunakan untuk bertanya atau menyoal sesuatu.
Kata tanya hadir di dalam predikat. Kata tanya mesti diikuti oleh partikel
‘kah’ apabila digunakan di awal ayat tanya. Kata tanya boleh wujud di awal, di
akhir atau di tengah ayat. Partikel ‘kah’ tidak diperlukan jika kata tanya
terletak pada akhir ayat. Contoh kata tanya ialah kenapa, mengapa, bila, apa,
mana, bagaimana, siapa dan berapa.
Kata perintah
Rencana utama: Kata perintah
7.Kata perintah bertugas untuk memberi tindak balas kepada
orang yang mendengar (pihak kedua) sebagai larangan, silaan dan permintaan.
Lihat juga
Ulasan
Catat Ulasan